S I K A R P E T

ENTRY ABOUT LINKS FCBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW
Assalamualaikum
Muslimah yg cube menjadi yang terbaik.Aq mungkin seperti bunga2 di tepi jalan.Cuma satu yg aku pinta.Tolong doakan aq.-ITTERZ-

BLOG ARCHIVE;


Credits
Template : ArrienAmani
Big Help : Atiqah Jaidin WeHeart It Fatin Halid Nrulysmn Aniece Ayna
Nice View:Google Chrome
Owner: Syahirah/a>
Syurga Bukan Percuma , Sebab tu kena Usaha part 1
Posted on Saturday 3 December 2016 at 06:10:00 | 0 comment(s)



bismillahirrahmairrahim
so , for this entri aq nak share ngn korg ape yg aq dapat lepas bce my first novel that i beli pakai duit sendiri. Selama ni hnya pinjam orang .. sedih an.. buku ni sangt memberikan ''wah'' kat aq.. yup ramai yg dah beli buku ni 'Kerna Syurga Bukan Percuma' . n seriesli best..belilah.. :D

alahai ,untuk hati kita yg dah nazak sekrg ni kan..bgi sihat sikit..huhu

hari ni nk sentuh satu part ni dulu..okay!
_______________________________________________________________________

'Khai , bilamana Tuhan berkehendak , tiada siapa yang boleh halang . Kalau Allah kata 'Ya' takde siapapun yang boleh kata 'Tak' . Ajal kita , rahsia Allah . Umur? Sekadar angka'

'Aku tahu tu . dahla aku xnak cakap pasal ni lagi ni Aiman.'

'Khai'

'Pe?'

'Nanti kalau aku pergi dulu . Aku tunggu kau kat Syurga , eh?'

'Takyah tunggu aku. Aku takut penantian kau sia-sia nanti. Aku ni , tak confirm Syurga. Kau tu lainlah, kaki masjid . Aku ni kaki pukul . Bak kata cikgu2 kat sekolah , masyarakat rubbish gitu'

________________________________________________________________________

Setiap orang masih ade peluang untuk ke Syurga...dan juga ke Neraka..xde sapa yg tahu pengakhiran kita macam mne. orang ibadah yg manusia nmpak seolah-olah macam malaikat dan juga Ahli Syurga , kalau tuhan nak die ke neraka ke nerakalah.. Orang maksiat , andai Tuhan nk die ke Syurga  ..ke Syurgalah die pergi. Takde siapa yang tahu melainkan Dia.

Musa As Samiri , dia dari kecil dijaga oleh Malaikat Jibril , tetapi bila besar kufur dengan Allah. Berbeza dengan nabi Musa , dia dipelihara oleh Firaun , tapi Akhirnya dia menjadi seorang Nabi.

Jangan ingat someone yang dulu lemas dalam lautan dosa , dia akan terus lemas , akhirnya jatuh dalam Neraka?
dan Jangan ingat someone yang penuh tarbiah dalam dada , akan terus ke Syurga?
Jika die istiqamah dan ikhlas melakukannya kerana Allah in shaa Allah , Syurga bginya

tapi ade orang kata

''Kalau kita dah tahu kita ahli Neraka , tak perlu la buat baik kan? buat baik pun ke Neraka jugak nnti. And kalau kita tahu kita ahli Syurga rilek-rilek sudahla. Dah Allah tetapkan , ke Syurga lah kan nanti'

tapi persoalannya sekarang,

''Kita tahu ke Allah tetapkan kita ke Syurga atau Neraka?''

Perumpamaanya mcm ni,

Ade 2 kereta api. Satu kereta api yg menuju ke Syurga , satu lagi pergi Neraka .Kita hamba , dah ditetapkan kita yg mana sejk dulu lgi. Lahir kat dunia , kita dh masuk dah dalm keretaapi tu.

Kereta api tu jalannya lurus . Kadang kereta api tu akn berhenti sekejap sebelum memulakn perjalannya kan? buat jahat tu , anggapla kereta api tu tersilap lorong dan bila dah taubat , keretaapi tu kembali ke lorongnya yg sebenar iaitu menuju ke Syurga. 

get it? Sekali kau buat dosa x semestinya kau Ahli Neraka . Sekali kau buat baik , x semestinya kau Ahli Syurga . Dunia ni tempat untuk kita menuai . Bila kita menuai , confirm penat , sebab tu kita kene berpenat penat menuai kat dunia ni . untuk ape? supaya nanti kita semua boleh la lepak , rehat2 n rasa hasil tuaian kita kat Syurga nanti :D ..

Satu aku nak cakap , selagi kita hidup , kita masih berpeluang untuk ke Syurga. Tak kesahlah kau dah pernah terlanjur ke , pernah mencuri ke , pernah tengok video porno ke... Allah setia mendengar rintihan kau wahai hamba Allah :)

*JOM LEPAK SYURGA SAMA-SAMA 


Tulus ikhlas
Syer